Kontraktor pertahanan

Kontraktor pertahanan (juga kadang kala dikenali sebagai kontraktor ketenteraan) merupakan satu pertubuhan perniagaan yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada jabatan pertahanan di dalam kerajaan. Produk biasanya termasuk pesawat tentera, kapal, kenderaan, persenjataan dan sistem elektronik. Perkhidmatan pula termasuk logistik, sokongan teknikal dan latihan serta sokongan komunikasi.Kontraktor pertahanan secara umumnya tidak menyediakan sokongan terus kepada operasi ketenteraan. Di bawah Konvensyen Geneva 1949, kontraktor-kontraktor pertahanan yang terlibat di dalam sokongan terus kepada operasi ketenteraan boleh menjadi sasaran-sasaran yang sah dalam serangan ketenteraan.